Thursday 3 October 2013

Tertipu

kamu cukup marah bila seseorang menipu kamu
dengan pantas kamu mengadu kepada pihak yang punya kuasa
tetapi apabila dunia menipu kamu
kamu bagaikan seronok dan lupa
untuk mengadu/memohon keampunan Allah
meskipun sedikit demi sedikit rasa takut (takwa)
menghilang..

(catatan dinding 27 Sept 2013)

(catatan dinding 1 Okt 2013)

Hidup ini bagai burung pulang petang
tembolok penuh berisi rezeki
bezanya dalam istirahat kita beridabat
menyerah bulat apa yang kita perbuat
menyisih dosa
menyusun pahala
menghadam
mana untuk jiwa
mana untu raga
mana layaknya dijadikan baja

Alhamdulillah kita masih diberi waktu
menghirup segar udara pagi
mensyukuri nikmat
kemudian terbang lagi
sehingga kita di jemput pulang

Sunday 7 October 2012

sebelum terlambat

waktu datang
telanjangmu bulat
tanpa sebenang urat

waktu pulang
kapan putihmu membebat
pada kepala dan kaki diikat
semadi engkau di dalam lahad

sepanjang jalan kehidupan
apa yang telah kau perbuat
sedang dosa makin memberat
masa alpa untuk bertaubat
sebelum mata tertutup rapat
sebelum kembali ke negeri akhirat
di situ segala amalmu dihisab!

Saturday 1 September 2012

pada usia lima-lima (janji ditepati)

pada usia lima-lima
- umur yang sesuai untuk bersara -
ada yang asyik menjaja jasa
tetapi lupa menghitung dosa
berharap tak terhumban ke 'neraka'
atau kekal selesa di 'syurga' kuasa
ditangan rakyat penentu segala!

Monday 5 December 2011

Figura Angka Lapan (figure of eight)




tali kehidupan di alam fana
punyai dua hujung berbeda
hujung permulaan dan hujung akhiran
merentangi masa nan panjang
kita mengharap ia selalu lurus-tegang
agar dalam perjalanan ke seberang
segalanya licin dan lancar

adakala tali menjadi kendur-bersimpul
bersimpul tali dalam figura angka lapan
membantut usaha menjadi getir dan sukar
perjalanan bagai terhenti
dek kerana mengurai kekusutan

menyelusuri tali dalam figura angka lapan
kadangkala perlu mengundur langkah ke belakang
bukan bermakna kita dalam kekalahan
tapi mencari jalan penyelesaian
memerlukan sabar dan tenang
punya iman dan dada yang lapang

kadangkala perlu membuat pusingan “u”
bukan bermakna pulang ke pangkal awalan
menyebabkan langkah semakin panjang

walau bertindih dan bersilang
walau terbeban dan tertekan
hidup tetap diteruskan
dalam mencari punca di akhiran

harus diingat
figura angka lapan
adalah tanda penghujung tali!

Wednesday 5 October 2011

sofa dan katil

tatkala bersandar santai di sofa
sekadar melihat katil yang empuk tilamnya
begitulah juga
tatkala berbaring lentang di katil
sekadar memandang sepi sofa yang mahal harganya

mana mungkin dapat lakukan
dua perkara itu secara serentak
dengan duduk di sofa
bermakna katil di bilik tidur itu kita biarkan
dengan berbaring di katil
bermakna sofa di ruang tamu kita tinggalkan

namun perlu diingat
ia masih terlindung di bawah satu bumbung
yang tak rosak dek panas
yang tak rosak dek hujan
melainkan jika dengan sengaja kita dedahkan!

Tambah kaps